GADAIAN DAN AL-IJARAH

1. MAKSUD GADAIAN    (154)  
الرهن
· dari segi bahasa : menahan sesuatu

· dari segi istilah : sasuatu barabgab yang bernilai yang dijadikan cagaran oleh pemiliknya untuk mendapatkan pinjaman



2. RUKUN GADAIAN :

1. Penggadai

2. Pemegang gadaian

3. Barang yang digadai

4. Barang yang diberi kepada penggadai ( bayaran )

5. Ijab dan Kabul



3. SYARAT SAH GADAIAN :

· Harta yang digadai itu sah untuk dijual beli

· Orang yang mengadai dan yang menerima gadai, akil baligh

· Gadaian dibuat dengan kerelaan sendiri bukan paksaan

· Barang kepunyaan sendiri

· Tidak boleh merugikan oprang yang menggadai

· Tidak merugikan orang yang menerima gadai



4. PERKARA YANG MEMBATALKAN GADAIAN :

· Barang yang digadai diserah semula kepada penggadai

· Penggadai telah membayar semua dengan hutangnya

· Barang yang digadai terpaksa dijual atas perintah mahkamah

· Pemegang gadai membatalkan ( fasakh ) gadai walaupun tanpa pengatahuan penggadai

· Penggadai meninggal dunia

· Barang yang digadai rosak

· Barang yang digadai telah disewa, dihebah atau disedekahkan kepada orang lain.



5. HIKMAH GADAIAN SECARA ISLAM:

· Memberi kemudahan kepada orang yang memerlukan bantuan

· Memberi jaminan kepada orang yang memberi hutang

· Memudahkan seseorang mendapatkan hutang modal bagi memulakan perniagaan

· Memberi peluang kepada umat Islam mengembangkan ekonomi

· Melahirkan sifat kerjasama dan perasaan kasih sayang antara satu sama lain



6. PERBEZAAN ANTARA AMALAN GADAIAN ISLAM DENGAN GADAIAN BUKAN ISLAM


Gadaian Islam
 Gadaian bukan Islam
 Barang gadaian tetap menjadi hak pemilik asal
Barang gadaian akan lupus sekiranya tidak ditebus dalam tempoh gadaian
Cara pembayaran melalui nilai barang dan upah
Cara pembayaran melalui nilai barang termasuk faedah
Membantu meringankan kesusahan 
 membebankan kerana membayar faedah dan terdapat unsur-unsur riba atau gharar


SYARIKAT

1. MAKSUD 
SYARIKAT :

· Perjanjian perkongsian terhadap sesuatu perkara yang dilaksanakan antara dua pihak atau lebih



2. RUKUN 
SYARIKAT :

1. Ahli syarikat

- berakal, baligh, merdeka dan dengan kemahuan sendiri

2. Modal

- ia meliputi barang ( harta ) dan kepakaran

3. Lafaz akad

- mesti mengandungi erti izin untuk membelanjakan harta syarikat



3. PERKARA YANG MEMBATALKAN SYARIKAT :

· syarikat dibatalkan oleh salah seorang rakan kongsi

· kematian salah seorang daripada ahli yang berkongsi

· salah seorang rakan kongsi menjadi murtad dan lari kenegara musuh

· hilang kelayakan seperti gila yang berterusan

· salah seorang rakan konsgsi membatalkan penyertaan dalam syarikat



4. HIKMAH SYARIKAT :

· salah satu cara memajukan ekonomi seseuatu bangsa dan negara

· dapat mengadakan perniagaan yang lebih besar yang tidak terdaya dilakukan oleh orang perseorangan

· dapat membimbing masyarakat untuk hidup bekerjasama di antara satu sama lain