MAKSUD HUTANG :
Memberikan sesuatu barang atau manfaat kepada seseorang, barang atau manfaat itu perlu dikembalikan dengan syarat orang yang berhutang itu akan membayar atau mengembalikan barang tersebut dengan jumlah yang sama.
2. HUKUM HUTANG
- sunat
- wajib jika memberi hutang kepada orang yang sangat memerlukan
- penerima dan pemberi hutang
- barang yang diberi hutang
- akad pemberian hutang
4. HIKMAH DIHARUSKAN BERHUTANG :
- membantu golongan yang susah
- mengelak daripada sikap malas dan suka meminta-meminta secara percuma
- menjaga kepentingan kedua-dua belah pihak
- memberi peluang orang miskin membaiki taraf ekonomi mereka
INSURANS
1. MAKSUD INSURANS :
· Faedah yang diperoleh apabila satu kumpulan menggembeling tenaga dan sumber serta berikrar untuk saling tolong-menolong apabila ditimpa masalah.
2. JENIS-JENIS INSURANS
- insurans nyawa ; membri perlindungan risiko ke atas kematian dan hilang upaya
- insurans am ; memberi perlindungan kepada mereka yang menghadapi kerugian pendapatan atau harta
3. PRINSIP INSURANS :
- pemegan polosi bekerjasama antara satu sama lain bagi mengadakan manfaat bersama
- insurans adalah satu perjanjian membantu dikalangan pemegang polisi.
- Tiada unsur ketidakpastian pada bayaran sumbangan dan manfaat
- Bertujuan memberi keuntungan yang saksma dikalangan ahli
4. TUJUAN INSURANS :
- membantu pihak yang ditimpa musibah yang memerlukan sejumlah manfaat keuntungan sebagai pampasn dalam meringankan kerugian atau penderitaan yang ditanggung
- mendapatkan segala kemudahan perlindungan berupa manfaat pampasan atau ganti rugi
- pemilik kenderaan akan berasa terjamin dengan keuntungan yang dapat membiayai kos membaiki kenderaan yang rosak apabila terlibat dalam kemalangan
SAHAM
1. PENGERTIAN SAHAM :
- Sejenis tertibatan yang dikeluarkan oleh syarikat sebagai alat pemilikan
2. RUKUN SAHAM :
- pemegang saham
- pinjaman
- kadar tertentu daripada keuntungan syarikat
3. PELABURAN SAHAM MENURUT PANDANGAN ISLAM :
- saham tersebut mestilah bebas daripada unsur riba'
- pelaburan saham bukanlah di dalam syarikat korprat atau perdagangan yang berurus niaga dalam perkara-perkara haram
- saham yang dibeli mestilah tidak mempunyai unsur-unsur spekulasi
- saham itu mestilah bukan dari jenis yang dilaburkan dalam akaun simpanan tetap atau simpanan konvensional