jual beli al-bai'


MAKSUD :

· menukar barang dengan barang mengikut cara tertentu

2. HUKUM :

· harus



3. RUKUN :

1. Penjual dan Pembeli

2. Barang

3. Harga

4. Ijab dan Qabul



4. SYARAT SAH :

i. Penjual dan Pembeli

· Mukallaf ( akil dan baligh )

§ Kanak-kanak sah akad jual beli jika melibatkan nilai yang sedikit ( mazhab Hambali ) dan telah mumayiz ( mazhab Hanafi )

· Dengan kemahuan sendiri

· Merdeka

· Bukan daripada golongan yang ditahan hartanya kerana bankrap atau tidak waras

· Beragama islam jika bertujuan jual beli al-Quran dan al-Hadis

ii. Barang

· Bersih dan suci

· Berfaedah

· Kepunyaan penjual atau wakilnya

· Boleh menyerahkan barang kepada pembeli ketika akad kecuali jual beli bertangguh ( bai'u salam )

· Penjual dan pembeli mengetahui jenis, kadar, dan sifat barang jualan

iii. Harga

· Bersih

· Harga adalah milik pembeli

· Harga itu mampu diserahkan oleh pembeli kepada penjual

· Panjual dan pembeli tahu jenis mata wang yang digunakan

iv. Ijab dan Qabul

· Tidak diselangi dengan perkataan lain

· Bersamaan ijab dan qabul walaupun berlainan lafaz

· Tidak boleh dita'likkan

· Tidak boleh dihadkan masanya



5. JUAL BELI YANG HARAM DAN TIDAK SAH PADA AKAD:

· Haram menjual benda yang disimpan bagi tujuan maksiat atau hasilnya itu akan mendatangkan keburukan

· Tidak dimiliki dengan sempurna seperti menjual burung di udara

· Menjual buah-buahan yang masih dipokok kecuali setelah nyata masak

· Menjual daging dengan daging

· Jualan bersyarat



6. JUAL BELI YANG HARAM TETAPI SAH PADA AKAD :

· Membeli barang dengan bertujuan menyekat pembelian orang lain daripada membeli barang tersebut

· Membeli barang yang sedang dibeli oleh rang lain walaupun masih dalam tempoh khiar

· Menyekat penjual dari desa dipertengahan jalan supaya dia dapat membeli dagangan dengan harga yang murah daripada harga pasaran kerana penjual tidak mengetahui harga sebenar

· Monopoli dalam jual beli iaitu membeli barang dengan maksud orang lain tidak dapat menjualnya

· Berjual beli barang yang halal tetapi digunakan untuk maksiat

· Berlaku penipuan seperti penjual sengaja meletakkan barang yang baik dibahagikan atas tetapi dibahagian bawah adalah sebaliknya

· Mengurangkan sukatan dan timbangan.





SEWA

1. MAKSUD :

· Satu perjanjian untuk memiliki manfaat atau faedah dari suatu barang yang diterima daripada orang lain dengan bayaran yang sesuai dengan perjanjian yang telah ditentukan



2. RUKUN DAN SYARAT :

1. Penyewa dan pemberi sewa

- Syarat

§ Akil baligh

§ Dengan kemahuan sendiri

§ Keadaan kedua-duanya tidak bersifat membazir

2. Bayaran sewa

- Syarat

§ Bayaran dengan wang

§ Wang bayaran diketahui

§ Kedua-dua pihak mengetahui kadar, jenis dan sifatnya

§ Dengan keadaan bayaran tertentu

3. Manfaat

- Syarat

§ Berharga

§ Dapat diberikan oleh yang mengambil upah

§ Diketahui kadar dan jangka masa



3. SYARAT SAH SEWA :

· Kedua-dua pihak hendaklah bersetuju mengadakan kontrak sewa

· Barang yang disewa itu hendaklah memberi faedah dan diharuskan oleh syarak

· Barang yang disewakan bukan menjadi kewajipan kepada orang yang memberi sewa, contohnya menyewakan rumah kepada isteri

· Pekerjaan yang menjadi tujuan sewa mestilah bukan perkara yang fardhu atau wajib kepada orang yang memberi sewa

· Manfaat yang tercatat dalam kontrak boleh digunakan



4. KONTRAK SEWA DIKIRA TAMAT ATAU TERBATAL APABILA :

· Barang yang disewa hilang atau musnah

· Batal kontrak

· Kontrak sewa tamat dengan sebab tamat tempoh kecuali uzur

· Tidak menepati syarat-syarat kontrak

· Barang yang disewa rosak